SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PEKIDA MALAYSIA, DAERAH KINTA, NEGERI PERAK

Monday, January 23, 2012

Mantan Pengerusi PEKIDA Malaysia, Negeri Perak


Assalamualaikum WBT,

Pada 14 Januari 2012, bertempat di Pejabat PEKIDA Malaysia, Negeri Perak, Medan Istana, Ipoh, Perak telah berlangsung Majlis Penyampaian Anugerah Kepada Hj. Darus Bin Ahmad, Mantan Pengerusi PEKIDA Malaysia, Negeri Perak yang dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Pengelola Sambutan dan Majlis, PEKIDA Daerah Kinta.

Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi dan telah dihadiri oleh Tuan Hj. Jamaludin Bin Yusof, Presiden PEKIDA Malaysia, Ahli Majlis Penasihat PEKIDA Malaysia, Negeri Perak, Ahli Jawatankuasa PEKIDA Malaysia, Negeri Perak dan ahli jemaah PEKIDA Malaysia seluruh Perak.

Majlis ini diadakan bagi meraikan Tuan Hj. Darus Bin Ahmad selaku Mantan Pengerusi PEKIDA Malaysia, Negeri Perak. Selain itu, turut diumumkan di dalam majlis ini adalah pelantikan Pengerusi PEKIDA Malaysia, Negeri Perak yang baru iaitu Tuan Hj. Arman Bin Hj. Kassa.

SEMBANG-SEMBANG